Rabu, 20 Jun 2012

Program Pertukaran Budaya Antara SMKA Sultan Azlan Shah, Perak dan SMA Muhammadiah 1, Yogjakarta - SMKA SULTAN AZLAN SHAH



SEKOLAH    :SMKA SULTAN AZLAN SHAH                     KOD SEKOLAH : ARA 8001

FASA             : 3

 
BIL
PERKARA
MAKLUMAT
1
Tajuk Program/Aktiviti
Program Pertukaran Budaya Antara SMKA Sultan Azlan Shah, Perak dan SMA Muhammadiah 1, Yogjakarta
2
Objektif Program/Aktiviti
2.1 Para peserta dapat merasai suasana pembelajaran di sekolah yang menjadi tamu.
2.2 Peserta dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan melalui aktiviti yang disusun dan observasi persekitaran.
2.3 Memberi kesempatan kepada para pelajar mengenal cara hidup, persekitaran, budaya, makanan setempat dan aktiviti yang sering dilakukan oleh rakan sebaya.
2.4 Para guru dapat berkongsi idea menerusi perbincangan yang berkaitan program, perancangan dan amalan dalam pendidikan serta isu-isu pengurusan pendidikan semasa.
2.5 Para guru dapat meluaskan pengalaman dan mengumpul maklumat yang berkait dengan aktiviti peningkatan ilmu dengan para pendidik SMA Muhammadiah 1.
2.6 Memperkenalkan Kebudayaan Kesenian Islam Malaysia kepada delegasi Indonesia dan mempelajari kebudayaan mereka.
2.7  Mempromosi negeri Perak sebagai salah satu destinasi pelancongan bertaraf dunia.
3
Tarikh Program/Aktiviti
13 hingga 18 Februari 2012
4
Tempat Program/Aktiviti
SMKA Sultan Azlan Shah
5
Impak Program/Aktiviti:


5.1 Meransang sikap keterbukaan antara pelajar ketika sama-sama menjalani aktiviti yang dirancang.
5.2 Para pelajar dapat mengamalkan nilai-nilai kemasyarakatan yang tinggi dalam membina ukhwah bersama rakan sebaya.
5.3 Menanamkan perasaan bangga menjadi rakyat Malaysia dengan menonjolkan kebudayaan yang kita miliki.
5.4 Para pelajar juga dapat membandingkan tahap pencapaian akademik, disiplin serta kemenjadian murid.
5.5 Memberi idea dan dorongan baru kepada para pelajar untuk melakukan perubahan juga pembaharuan yang lebih baik kepada SMKASAS.
6
Rumusan Program/Aktiviti
Secara keseluruhan, semua peserta merasa puas dan gembira dengan acara yang telah disusun. Rasa kagum mereka juga dizahirkan ketika mengikuti aktiviti seperti pelancaran blog bersama, FI in School dan lawatan ke Hutan Paya Bakau.  Para peserta merasa sedih ketika berpisah dan berharap agar ada lawatan balas dari SMKA Sultan Azlan Shah ke SMA Muhammadiah 1 nanti.





 Persembahan Dikir Barat dari SMKA Sultan Azlan Shah.
 Tarian Bunga Chempa dari SMA Muhammadiah 1


 Semua peserta bergambar di Majlis Penutup Program Pertukaran Budaya 2012


Tiada ulasan:

Catat Ulasan