SEKOLAH :SMKA
SULTAN AZLAN SHAH KOD SEKOLAH : ARA 8001
FASA :
3
BIL
|
PERKARA
|
MAKLUMAT
|
1
|
Tajuk
Program/Aktiviti
|
Program
Pertukaran Budaya Antara SMKA Sultan Azlan Shah, Perak dan SMA Muhammadiah 1,
Yogjakarta
|
2
|
Objektif
Program/Aktiviti
|
2.1
Para peserta
dapat merasai suasana pembelajaran di sekolah yang menjadi tamu.
2.2
Peserta
dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan melalui aktiviti yang disusun dan
observasi persekitaran.
2.3
Memberi
kesempatan kepada para pelajar mengenal cara hidup, persekitaran, budaya,
makanan setempat dan aktiviti yang sering dilakukan oleh rakan sebaya.
2.4
Para guru
dapat berkongsi idea menerusi perbincangan yang berkaitan program,
perancangan dan amalan dalam pendidikan serta isu-isu pengurusan pendidikan
semasa.
2.5
Para guru
dapat meluaskan pengalaman dan mengumpul maklumat yang berkait dengan
aktiviti peningkatan ilmu dengan para pendidik SMA Muhammadiah 1.
2.6
Memperkenalkan
Kebudayaan Kesenian Islam Malaysia kepada delegasi Indonesia dan mempelajari
kebudayaan mereka.
2.7
Mempromosi
negeri Perak sebagai salah satu destinasi pelancongan bertaraf dunia.
|
3
|
Tarikh
Program/Aktiviti
|
13
hingga 18 Februari 2012
|
4
|
Tempat
Program/Aktiviti
|
SMKA Sultan Azlan Shah
|
5
|
Impak Program/Aktiviti:
|
5.1
Meransang sikap keterbukaan antara pelajar ketika
sama-sama menjalani aktiviti yang dirancang.
5.2
Para pelajar dapat mengamalkan nilai-nilai
kemasyarakatan yang tinggi dalam membina ukhwah bersama rakan sebaya.
5.3
Menanamkan perasaan bangga menjadi rakyat Malaysia
dengan menonjolkan kebudayaan yang kita miliki.
5.4
Para pelajar juga dapat membandingkan tahap pencapaian
akademik, disiplin serta kemenjadian murid.
5.5
Memberi idea dan
dorongan baru kepada para pelajar untuk melakukan perubahan juga pembaharuan
yang lebih baik kepada SMKASAS.
|
6
|
Rumusan
Program/Aktiviti
|
Secara keseluruhan, semua peserta merasa puas dan gembira
dengan acara yang telah disusun. Rasa kagum mereka juga dizahirkan ketika mengikuti
aktiviti seperti pelancaran blog bersama, FI in School dan lawatan ke Hutan
Paya Bakau. Para peserta merasa sedih
ketika berpisah dan berharap agar ada lawatan balas dari SMKA Sultan Azlan
Shah ke SMA Muhammadiah 1 nanti.
|
Persembahan Dikir Barat dari SMKA Sultan Azlan Shah.
Tarian Bunga Chempa dari SMA Muhammadiah 1
Semua peserta bergambar di Majlis Penutup Program
Pertukaran Budaya 2012